Sunday, July 22, 2012

alan wah sahlan.

ASSALAMUALAIKUM SEMUA :)


waaaaaahhhhhh seriously aku kangen gila babeng dengan blog aku ni T___T lama gila kot tak bukak. i mean tak tulis entri baru (sebab rajin bukak untuk jenguk jenguk je).

"mana kau pegi weh?"

aku? ada je kat sini. dok ngadap komputer. just tak bukak blog. rasanya last post tahun lepas. wooo kesian blog ni. macam tak bertuan nak kemaskan habuk habuk dia. sobs sobs sabar ye wahai blogku. well, apa aku buat selama menghilangkan diri dari dunia blog? of kos FB dan Twitter. tapi aku lebihkan twitter. yeah, no doubt dulu musim FB. tapi sekarang sori la. FB bagi aku sekarang hanya sekadar tempat pesinggahan. cewahh kemain singgah lagi.

"i dont get it bro."

tu pun tak paham, wahh parah la. tapi betul la, aku just singgah bukak FB untuk post gambar, tengok notification dan main pool. tu pun dah jarang main dah sekarang. haihhh apa la teruk aku ni.

"apesal lak?"

ohh yaa. lupa lak nak citer. sebenarnya kehilangan aku selama ni disebabkan...


yaaa. benda ni dah hilang. bukan hilang sebab toyol curi. tapi sebab Pakcik Ghafar amek. dia simpan. tak, dia sorokkan. sebab apa agak agak?

"mana aku tau kau =.="

ha ha ha yolah. sebab aku over-online. jyeahh over bhai, over ! hemm jap over bukan pekataan yang sesuai. ADDICTED. yeahhh, ketagih. takde la macam ketagih ganja tu. tapi yela kan. pengaruh internet memang kuat. sampai kan cikgu aku cakap camni :

"DULU TV, SEKARANG KOMPUTER PULAK JADI DAJAL MATA SATU."

hemmm tak boleh disangkal ayat tu kan. tsk tsk takpe la. semua dah aku jadikan iktibar. (aku rasa sebab internet la result exam aku macam hawau)

***********************************NEXT STORY**********************************

IT'S PUASA TIME FOLKS (tiup semboyan)

yaaa salam ramadan daripada aku. 


orang puasa la katakan.

 found randomly in FB during 1 Ramadan. ahak!

cuaca di Rembau, 2 Ramadan 1433H.

hemm meh aku bagitau sikit pasal atur hidup (ada ke atur hidup?) aku bermula bulan puasa sampai lah SPM. yeah, aku kan SPM tahun ni.
puasa
-
raya
-
trial (direct lepas naik cuti raya)
-
drilling drilling drilling
-
SPM
-
aku bebas
-
the end


camtu lah gamaknya. anyway, selamat menjalani ibadah puasa semua. assalamualaikum.





















Monday, December 19, 2011

gegajet

assalamualaikum semua .

dah makan dah semua? kalau sudah, apakah yang kalian makan? haaa pasti lazat bukan. hemm tapi maafkan saya ye, sebab tersengaja bekata kata begini; untuk meloyakan kalian. hal ini kerana aku rasa sangat panas kenapa blog aku dah biol ni gaahhhh guaggghhhh watdeffffff . ohhh shit shit shit shit ..

" oppss. sori semua. aku belajar mencarut bila main pool. "

cukup la tu. aku nak citer benda lain ni. kang tak tetaip sampai ke sudah. hemm harini  tetiba aku dapat ilham nak berfikir pasal barang barang kepunyaan aku (dan jugak pakcik ghafar punya skali) yang penah dan masih aku ada. eh, sume benda ni masih ada. so kira masih ada la ! eh?

without further ado , *first english sentence* here're some of my owns; my gadgets !

- PLAYSTATION 2 -



fuuuu klasik nye laa hai kau PS 2 !



fuufuufuuu tuu dia casing dia. eh casing ke. bukan kotak ke. ahh gasak la apa pun janji tu lah dia ps2 aku. see, nilah maksud aku MASIH ADA . ada, tapi macam takde. tengok la tu. elok gua simpan dalam kotak beb. 

" lu yang simpan bro ? "

errr yelah. bukan la aku yang simpan. kamon la, sape lagi kalau bukan pakcik ghafar yang perap benda alah tu then simpan kat bilik akak aku. cisss kesian kau cik ps. betahun kau teperap dalam kotak kaler beluw beluw tu.

 " apa cik ps? iyeee. aku dengar rintihan kau untuk minta dimainkan .. besabar ye cik ps.. "

hemm biasa la. aku ni tuan yang ada hubungan yang kuat dengan barang barang kepunyaan aku. aku sorang je dengar apa dorang cakap. tak pecaya? apa aku pedulik. 

ok, it's time to reveal your beauty cik ps !





 jenjengjenggg tuu dia pasangan dual shock 2 !




 ahhhh tengok signature agung tu !


ok .. kenapa banyak sangat ni ..


haaaa well, itulah cik ps aku. dah dua tahun aku tak main kau cik ps. mana tak merintih rintih budak ni. kesian . . . besabar la ok. see you next year bebeh. awooooooooooo

" hai, saya lah . . .  CIK PS 2 . "



ok the next gadget, presenting to you . . . jengjengjengggggggg

- NOKIA X3-02 a.k.a fon aku -



ok, bukan nak cakap apa. ni pun kira gadget jugak kan. tapi tapi tapi kan kan. aku rasa, fon ni lebih kepada portable game console macam PSP tu. yaa, memang la aku tak main game dalam fon ni sangat. tapi ntah, aku akan guna dia bila aku rasa boring. kira alat untuk hilangkan bosan la ni. 

" weh, apa yang bestnya? apa yang boleh hilangkan bosan nye .. "

ntah. pada aku, game paling agung yang ada dalam fon ni (kira semua henfon la) , ialah kehebatan dan kemampuan jaringan pehubungan jarak jauh dia. 

" amenda kau ni? "

ehh ntah. amenda aku ni. alah, ni lah. aku rasa ni lah game paling best bila aku pegang fon - SMS .

yaaa tu lah dia. bila aku boring, aku mula la. amek fon tu, cek satu satu list contact. bawah bawah bawah bawah bawah bawah sampai la aku nampak nama yang agak agak aku rasa cam best je nak mesej dengan dia. 

" haaa haaa sape tu pidji . . . "

apa kau? aku mesej orang le. agak agak dia pun bosan, aku pun anta la mesej. puihhh. dah la diam kau.

" . . . . . . . "

ok, itu je gadget yang dapat aku pikir sekarang ni. so, cukup la tu. jap jap aku preview ... haa panjang la ni kan. ok, that's all. bye bye. assalamualaikum semua :)




*di suatu sudut lain*

....aku dengar satu gadget berkata...

" pidji ! wei jangan lupa aku ! aku yang amek gambar gambar dorang ni ! "

dan aku . . .

" . . . . . . . . . pool jom ! "

Sunday, December 11, 2011

40 - dari mata hati aku




assalamualaikum semua ~

ok, pada hari ini, aku berasa begitu energetic dan besemangat. aku punya energetic dan besemangat sampai aku bangun tido pukul 1. pecah rekod la siot. walau bagaimanapun, aku tetap malas nak pecahkan rekod mandi aku iaitu mandi pukul 2 petang. yelah, dah kata besemangat kan. buat apa nak mandi lambat lambat.

hemm bukan pasal pukul berapa aku bangun & mandi, kena simbah air sebab bangun lambat ke tak, ataupun aku gosok gigi aku ke tak. yang aku nak citer sekarang ialah subab subab, haaaaa SUBAB SUBAB gitu. sebab sebab aku jadi sangat energetic dan besemangat hari ni. jeng jeng jenggggg . . . .

"..aku nak update blok.."

yessss. dari semalam aku punya la eksaited gila nak balik rumah ngadap destop, online dan update blok. last last kepunan. sampai rumah pukul 6 - - - - T^T

" sampai rumah? pegi mana pulak ni? "

hemmm. dengan bangga, dan jugak terasa losernya, aku ingin mengisytiharkan aku pegi melaka. jaaaa, da pegi sana buat apa lagi? hemmmm ni mesti . . . .

" G S C "


hoyeah. lama gila tak pegi tengok wayang. tapi yang aku tak puas hati tu, time time ni la nak pegi tengok wayang tu. dah la ada citer yang . . . . haihhhh sabo jela.



" citer apa beroh? kau ni .. "

hemphh. dengan rasa rendah diri, aku tengok citer ni . . . . . . . . . . . . . .

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.




... ombak rindu ...




ini bukti kekalahan


" what?! HAHAHAHAHAHAHAHA "

pfffffffffffffffffffffft gasak korang la nak kata apa. yang penting aku tak minat novel. cehh. terasa betul betul aku ni loser sekarang . . . aku telah tewas ! hemmmmmm

ok, nak taknak aku tengok jela. aku cuba bukak hati aku untuk terima cerita. dan hasilnya? haaaa dekat bawah ni ada 40 isi penting, penting dari pandangan mata hati aku la. sepanjang tayangan, ni yang aku dapat. baca dulu. serius, aku jujur tentang ni . . . ehem ehem.


1. setat setat je aku tengok hantu kak limah kena kanser. kesian . . .
2. izzah kurus. tapi bila dia bekemban, dia jadi gemuk. kannnnn
3. aku pelik, dan sikit kagum. camne dia buat ic palsu? dah tu muka izzah yang betul dengan dalam ic boleh jadi sama. hemmm
4. aku takut terminum arak. nanti kena rogol macam izzah kena. kesian lagi.
5. "..kau Ya Allah Ya Allah sekarang buat apa?! " - hemmm betul jugak cakap haris tu..
6. AAR15 . . . wacha !
7. " ..kan bagus kau layang aku sorang je, dari layan jantan jantan lain tu.. " haris cakap kat izzah, tapi apesal kucing tu pulak yang perasan?
8. " ibu, YOU LOOK GREAT ."
9. haris ketuk pintu rumah bagai nak mencabut, tapi tak tecabut cabut jugak pintu tu aku tengok . . .
10. " tolong la nikahi saya encik . . ." - kan bagus kalau ada awek cakap camtu kat aku.


11. jam sebagai hantaran. pehhhh jimat siot ! dia rela pulak tu ~
12. scene izzah baca surah Yaasin - dia mengaji ke menyanyi?
13. wah wah wah . . . mentang mentang dah kawen, suka pulak izzah ni bekemban.
14. izzah ialah seorang ustazah berambut perang. tak caya tengok part yang haris suruh izzah urut dia tu. tengok betul betul !
15. si comel pandai belakon kan? " hemmm comel pun comel lah "
16. " saya tak pape pak dollah.." - cehhh dalam hati izzah bekata " eeee buruk nya pakcik ni . . " nahh, terus tebwekkkkk
17. hemm part kat warung ladang boh atas bukit tu. apa yang aku dengar ialah mila sebut tiga kali WHATT. tiga kali tu, cuba dengar betul betul. pekat gila T dia.
18. pandai haris tipu mak dia. mana ntah dia rembat nama fatin tu.
19. MILA EMILIA. hemmm lagi komersial dari MILA AF9, kan?
20. haris time kecik kecik tak sama dengan haris time dah besar. jauh betul beza muka.


21. mila baling jam mahal tu. pehhhh baik bagi aku woi ! aku takde jam. aku taknak kena saman !
22. ni lah first time aku tengok filem di mana hero dia yang eksiden dalam tragedi kejar mengejar.
23. mak haris pun pandai belakon. dalam benci benci dia kat izzah pun, dia still rahsiakan perkara sebenar (izzah tu 'perempuan simpanan' haris) ! profesionale ~
24. disebabkan dah capik, haris tekan nombor telepon guna jari hantu. tut tuut tuuutt
25. lepas satu, satu keta haris ada. aku kira punya kira ada 6. kalau tak silap kira la. yang first first keta AAR15. yang murano tu AAR14. hemmm nak satu, abang haris ~
26. time telantar kat spital, rambut izzah masuk hidung, sampai merah merah hidung dia yang comel tu !
27. sampai part izzah masuk spital lepas keja kereta haris, aku dah mual dengaer ada bunyi . . . " tssk tssk tsssk" =. .=
28. kalau aku jadi haris, aku bebangga dapat bapak macam pak dollah. wooooo
29. part kebenaran tebongkar - WEH MILA, KAU LA YANG SItuutt tuuuttt tuuutttttt
30. bila dia da frust, kan mila balik rumah then meghoyan kan? lepas tu kan dia baring. hemmm dia nampak gemuk.


31. SEHA <3 MAIL (SEIL) . hemmm lagi sesuai dari IZZAH <3 MAIL (izzail) . eh?
32. bila mila sampai kat depan tempat ngaji tu, aku teringat dekat ros dalam citer drama tentang dhia. ada ala ala kan?
33. time izzah dengan mila bedating dekat pondok tengah sawah tu, aku nampak guni belakang mila yang belambang sebuah parti politik dan bertulis " SKIM BAJA PADI KERAJAAN PERSEKUTUAN "
34. anting anting mila macam nak tecabut je. atau . . . aku yang buat fesyen wanita?
35. naik cruise pun, berita harian tetap pilihan hati mereka !
36. aku rasa aku sorang je yang tepuk tangan bila brader tu bukak pintu keluar. shit takde orang marah pulak.
37. ok, dah habeh. tapi comel pegi mana woi ?!
38. sori to say, iklan filem Don 2 yang 3D tu lagi menarik minat aku daripada iklan ombak rindu dekat tv.

hah. panjang gila. ok tu apa yang aku dapat semasa filem tengah main. lepas habis, aku buat konklusi :

39. ok, ni yang positif. satu satu nya point yang bejaya buat aku terima filem ni seadanya ialah lakonan dorang sangat mantop (air mata teruna. susah doh nak buat) , sinematografi dan plot cerita sangat maveles (macam pakcik ghafar cakap). tak berat atau telalu menekan atas satu satu isu partikular; macam filem filem melayu yang lain. so . . .

" hail to the production team and the author. guuuud job. "

last but not least, aku admit cerita ni memang bagus. tapi apa yang buat aku tak tehingin nak tengok ialah disebabkan novel. eeeuwww aku bukan kaki novel. so aku ada rasa sikit 'eeeee'. that's all. TAPI, kot kot nak tengok dua kali, boleh jugak. tapi payung ah tiket aku, sekali dengan popkon. baru aku tengok. gahhhhhh. assalamualaikum . . . ~

*40. lepas aku tengok cerita ni, banyak pulak kucing yang aku jumpa rupa ala ala si comel. puihh*

Tuesday, December 6, 2011

susah nak aktif, aku pasif


assalamualaikum semua.

haaaa kali ni . . . yahhhh. for the first time aku post entri dua kali dalam sehari ! aku bebangga jadi diri aku. tapi tapi tapi. tak kekal lama tu.

" apehal lak ? "

jap jap . ada ke yang prihatin sampai nak tanya camtu? oookeh. aku ni memang malas; malas membaca, mengarang (hand-writing & typing) dan . . . . . tu je kot. tapi malas tu macam hape sangat. so aku guna pasif; antonim kepada aktif. tak caya bukak la kamus ke google ke tanya cikgu ke . . . . tapi kan kan kan. bila aku review balik blog aku, tenyata blog bogok aku ni ada jugak yang jenguk. *huuuu sebagai pendatang baru aku terharu* SO, aku a p p r e c i a t e hah ! bukan main susah lagi nak eja. aku hargai kejengukan korang ke blog ni. trimas yooo !

and, well . . . . kata malas kan. that's all for today. see ya later pips. gahgahgah assalamualaikum ~




Monday, December 5, 2011

lastly ...







assalamualaikum dan salam satu malaysia, malaysia.

ok, sekarang dah pun masuk bulan muharram. lebih tepat sekarang ni (time tulis post) ialah 10 muharram, kalau ikut kalendar hijrah. atau atau atau. bulan 12. atau bulan disember. ataupun bulan december. lebih tepat lagi 6 disember, kalau ikut kalendar masihi (atau gentle cakap kalendar yahudi). kannnnnnnn
" kalender yahudi? "

iyee dik. tu yang kita sambut macam macam tu. 'new year' kononnya, sanggup tu tunggu pukul 12 nak sambut. dengan bunga api nya, dengan konsert nya, dengan ... haihhh gasak kau lah. nak citer pun aku malas. kang menyirap pulak. *woohooo saya tak suka SUJU*

niat aku bukan nak celoteh ala makjem pun kat sini. tetiba sebut pasal kalendar, aku luahkan la kan. apapun, aku nak share pengalaman cuti sekolah hujung tahun aku, yang sentiasa sama dengan cuti cuti sekolah yang lain. bagi aku . . . . .

" cuti means tido. hok yeahh "

kenapa hok yeah, dan bukan ho yeah? HOK tu bunyi hokhok dalam angry bird. hemm aku sekarang pun tenga cuba habiskan sume level dengan 3 star. banyak lagi - - - - :(

ahah ! sebut pasal game, (lupakan kejap part tido tu) cuti sekolah ni aku hari hari online. *aku sedang mengatakan nya dengan bangga* dan bila aku online hari hari, apa nak buat? main game ahh bebbbbbeh


shhhh abaikan babi tu. nak jugak malaun ni selitkan binatang tu. haih



ni game indiana jones. game paling loser penah aku main dekat fb.


tapi sekarang aku main castlevill tu la. sebabnya, tu la game zynga yang paling best aku rasa. dah la avatar tu jalan kemain laju lagi, HP pun tahan, ramai pulak kengkawan aku yang main ! (senang cari neighbors) . ok da cukup la tu. nak tau pegi main sendiri. lepas tu jangan lupa add aku jadi jiran korang. aku akan jadi jiran baekkkk ^^

kembali menyebut topik tido. yeah, nama pun cuti. bukan ada apa pun nak buat. nak baca buku, buku pun ntah. macam ngajuk je. tak nampak batang hidung dorang punnnn so aku abaikan jela HAHAHA *sori cik buku hai cik mukabuku* bila dah syok tido, takkan senang senang nak bangun kan? so aku pun bangun la lambat . . . . setakat ni rekod tido aku ialah bangun pukul 12 tengahari, tu pun hari jumaat (sekali je penah) lepas tu aku tak dapat dapat nak pecah rekod lagi. asal bangun je mesti dalam area pukul 11. susah nak jejak pukul 12 . . . terer kan aku?

contoh muka bangun tido. tapi ni gambar time raya. hoh hoh hoh



ehhh, ada banyak castleville request masuk. nak suruh aku main latewwww. ok chow dulu. assalamualaikum semua :)


*aku ada tiga celenj untuk korang :

- beat rekod bangun pukul 12 aku tu (bagi sape yang suci, bangun awal)
- main game castleville dan jadi jiran aku yang baik hati ni.
- bukak youtube, tengok channel Encik Mimpi. tengok, tapi jangan gelak. tu cabarannya.

sekian.

Tuesday, October 25, 2011

exams - free


assalamualaikum dan salam 1 Malaysia folks.


ok, so long time no see hah? jejyeah, memang lama da pun. sejak sejak mengalami macam macam revolusi ni kan. makin lama makin lupa kat blog.


" sesori blog. my bad. "


well, tapi bagus jugak. bukan ada apa pun yang patut aku share dari kepala otak aku ni. baik aku pikir sorang sorang dalam kepala ni. lagi syok, lagi aku paham, dan tak buat orang tak paham. err. benda ni pun da buat aku pening. cukup cukup.

tengs to cik eica yang sedarkan aku pasal blog ni. kalau tak rasanya aku pun tak tau yang aku ada blog.


" well, macam macam revolusi la katakan. "


dengan itu jugak, aku berjaya merajinkan diri untuk buat sikit editing untuk blog ni. tukar kulit. ok la tu. dulu kan buruk. sekarang ok sikit. dan lagi, macam macam revolusi. haa ni la dia. ni la.

tapi bukan ni topik nya dong. sekarang, Sepatutnya aku dalam mode exam. exam tau, exam? final battle of the year, pehhhhhh punya la menggaban. demmmm. aku rasa ramai pun pena dengar aku stress. dorang pun stress jugak, tapi takde macam aku. aku suka ayat ni bila aku stress jawab exam.


" soalan tu, macam mana dia boleh buat bontot aku berair pssssssst "


tapi for real, benda tu macam betul betul jadi je aku rasa. lepas exam, seluar aku terasa sejuk wahahahaha. nak nak exam yang macam hawau tu kan. add math tu. hah. apa function dia bagi susa susa pun aku tak tau la. nak tak nak, kena jawab jugak. puiiii

still tak habis lagi, aku kena buat lagi preparation untuk final episode of this battle. ceh. aku memang sengaja buat ayat poyo. baru ada rasa semangat sikit nak exam. BIO, CHEMISTRY . aku, haihh. ntah la. reda je la kot.

dah la. aku malas pikir benda benda cani. tutup citer. tutup entri ok. assalamualaikum. bai. trimas.


memang patut kau orang kalah pung MU. buuuuuuuuuuuuuuhhhhh

Friday, August 26, 2011

on the way : dulu pernah sekali.. - part 2


assalamualaikum dan salam ramadan. ok, jom sambung cereka yang lepas. dipersilakan.


...aku cepat cepat la kan turun nak tengok pehal. nak dengar pehal. nak tau pehal. pehal aku cakap macam ni. sadis betul. lagi bape jaaam je nak raya, daaa kena haa. FYI, aku time tu tak cukup matang sangat nak pikir macam macam benda. time tu aku pikir darah menitik nitik kat kaki pakcik ghafar je haa. FYI jugak, ada benda ni rasanya da jadi lucky day aku. #KADAK DAN KADAR AKU; yang baik.

kalau korang nak tau, sebelum pakcik ghafar pegi bazar tu, aku sebenarnya NAK IKUT SAMA. hah. bayangkan tu. DEMI ALLAH, aku betul betul benasib baik sebab sebelum nak pegi tu, pakcik ghafar tak bagi aku pegi sama. kata dia ..


" ahhh. jangan nak nyemak ikut. "


huuu kesiannya aku. walaupun ayat tu tesangat la menacingkan hati aku (sampai aku terikut ikut bila cakap ngan orang), tapi aku reda. mungkin, sebab da nak raya kannn. sume benda aku ikut je; dengan rela hati dan tak amek hati sangat. huh eksaited la konon. puiii tak cukup matang betul aku ni. tapi bukan tu yang aku nak citer lebey lebey. sebab korang ni suka nyebok hal aku. lagi puiiiiii.

ok, so dengan duduknya aku di rumah. maka aku terselamat dari nasib yang bakal menimpa pakcik ghafar tu. fuhhhhlamak aku tak tau nak cakap la kalau aku iktu sekali time tu. aku rasa, kalau aku ikut sekali, mang aku yang masuk spital, tapi pakcik ghafar darah darah je.

sappppp kembali ke alam nyata. da syok melalut pikir pasal nasib aku tu, aku tengok balik pakcik ghafar. and of kos la kan, aku curious nak tau pehal nye tetiba kena langgor. yela, tak pena pena pulak dia nak racing. takkan eksiden sebab racing lak?


" tadi masa nak masuk sempang kocik tu. da bagi signal da, da amek site. kat dopan tu ado lori bosar. dio turun bukit tu takdo la laju, dia nampak moto ni, dia slow. tapi elok nak masuk da ni, tetibo datang sorang minah sampa ni. orang da bagi signal nak masuk kanan, dio buleh laie potong kat bolah kanan. tak ke macam si%& pangai tu. hah. da nak masuk tu, dia datang lentum. hemmphh. tecampak poie kat longkang tu. hati kato memang ........................ boto betino ni."


camtu la lebey kurang statement pakcik ghafar yang dia bagi kat kitorang. aku pon, bayangkan la. camne an. hahaha. memang best bayang bayang benda ni. tapi bila aku dengar citer dia tu. aku rasa macam nak sesah pompuan tu (kalau aku ada time tu, dan tak cedera !) hah tapi nak buat macam mana. aku takde sekali. ok la tu kan aku tk eksiden tak darah sama. haha anyway kesian pakcik ghafar ...

lepas tu lepas tu lepas tu sedara sedara aku ada la datang rumah aku. nak ziarah. lagi pon mang tak la kitorang ni nak balik kampung raya sama dengan diorang kan. so, ni kira da raya la ni. huuu. DAAAAAN korang tau kan apa maknaya bila raya; untuk kanak kanak macam aku waktu tu.


" DUIT RAYAA, KAM TU PAPA KAM TU PAPAAA "


hahahahaha dengan datangnya sedara aku, maka aku pon dapat la collect duit raya kann. tapi nampaknya, aku ni tak selalunya nasib baik. yang ni pulak. patutnya aku dapat duit raya banyak, tapi disebabkan kebangangngan aku, aku telah bejaya melesapkan sejumlah duit raya yang aku dapat tu dengan sengaja. macam mana? aku dapat duit tu. kumpul kumpul kumpul, pastu aku SUMBAT dalam bekas roller tissue tu. jyeahhh smarty boyyyy



begitu la kisah riang ria aku time menjelang raya; beberapa tahun yang lampau. korang ada citer menarik jugak? #kongsilasamasayabobboiiii . sekian, assalamualaikum.


SELAMAt HARI RAYA AIDILFITRI - MAAF ZAHIR DAN BATIN
IKHLAS DARI FAIDZI - PG - PIDJI.