Friday, June 10, 2011

donut sedap, bukan donut awww awww


assalamualaikum dan salam 1 Malaysia aku ucapkan jepada sume saudara, saudari dan saudaru. hari ini, dengan megah dan sukarianya, aku ingin menulis dan menggembar gembur kan bahawa aku, seorang budak lelaki berumur 16 tahun dari masjid tanah melaka ini, telah berjaya memakan beberapa ketul dan cebisan daripada donut donut yang akak aku beli ketika dia pergi bersiar siar bersama rakan rakannya di melaka, kota rayaku. eh, melaka bandaraya bersejarah.

YA ! aku akan ingat hari tu. hari khamis, 9/6/2011. ape hal lak kan? well, semua budak budak sekolah tau, (sebab citer ni memang jadi gilaan budak sekolah) hari ni, (hari 9 haribulan 6 ni la), citer KL GANGSTER pon keluar secara rasmi dak bajetnya. aku pon boleh kira jadi salah sorang budak budak sekolah tu, tapi aku tak gila la. camtu camtu je haa.




haa tu diaa tu diaa gangster da bajet body tough, tu diaa tu diaa ~



aku? yeah, memang aku gian nak tengok citer ni. tapi hukum alam kita tak boleh melawannya. semua ketentuan dak takdir telah ditentukan, kan. so, aku reda dan terima hakikat bahawasanya aku tak dapat jo - inn akak ataupun kawan aku pergi ke melaka semata mata untuk tengok citer ni dengan lebih dekat menggunakan retina dan segala struktur yang ada dalam mata aku. MENGAPA INI SEMUA HARUS BERLAKU . . . ~#

woowoo, aku terpaksa melakukan ini semu, boy. ini semua demi masa depan aku jugak. aku kena mengalah dengan hasutan hawa nafsu aku pasal filem yang pecah panggung Hayang ni. aku tau filem ni mantap babe, tapi aku tetap nak tengok kat cinema, taknak tengok kat dvd. woohoo ~ korang korang korang, aku ada lagi citer membabitkan filem ni, tapi aku taknak citer, nanti hati aku mesti terguris lagi, boy. sob3.
-maaf atas segala ketidak selesaan anda membaca. -


ok, sori kalau aku terover tergedik. sukati aku la kan blog aku. hoho. ok, akak aku kan, lepas dia habis tengok citer yang best tu, dia pegi la jalan jalan kan. tapi yang for sure, target dia yang sebenar ialah nak pegi big apple kat hujung DP tu. memang dia otak big apple. aku tau tu. patot la badan tak pena pena nak abeh kembang. bajet kata tak makan kat hostel tapi camtuuu gak. nanti dok luar lagi la kembang macam meggi. so, aku yang dok tecangok kat rumah ni, sambil sambil tecangok, berangan aku pegi tengok wayang citer tu, aku pon berangan angan la apa kek jenis donut la dia beli nanti. yela an, donut big apple tak nak la pulak sedap sume nye kan. so, aku sabar, sabar dan sabarrrr. grrrrr ~

MAGHRIB tu, dia balik, dengan plastik plastik yang memang dari jauh aku da bau pastri; tepung, gula, bau oven pon ada gak. yeahhh, donut suda mariiii ~ apo laie, den cokik jo la !



Wednesday, June 8, 2011

tak pernah pernah dibuat









assalamualaikum & salam 1 Malaysia kepada folks yang TAKsengaja TERkesian TERbukak TERbaca blog dan entri entri aku yang naif lagi menyedihkan ni. well, aku bukan la blogger yang pandai sangat benda benda yang memerlukan komitmen yang tinggi cenggini. dan aku pulak macam la tererr sangat berinternet. sekarang je aku mula bergelumang ngan benda benda ni sume. HAHAHAHA



ok, sekarang apa yang tak pernah dibuatnya?



hari ni hari rabu yang berbahagia, hening, cerah dan sungguh nyaman sekali. sehinggakan pakcik ghafar membawa anaknya ini ke serata pelusuk area masjid tanah, (temasuk pejabat pos depan masjid jamek tu) untuk singgah ke kedai barber. bukan bieber, bukan baba, bukan babas. kedai gunting rambut la !

ingat kan pegi kat kedai pakcik yang biasa tu. ok, pegi la sana. sekali tengok kedai tu tutup. pakcik ghafar kata "dia da TAKDE da kott..". HAHAHAHA bukannya pakcik tu da TAKDE, dia datang lambat je. apoddah. lau bukak awal sket da untung dia da. aku pulak rasa best la sebab aku jadi customer yang pertama digunting rambutnya pada hari ni. hohoho.

da kedai tu tutup, takkan nak chow camtu je kan? usaha tangga kejayaan. lagipon aku da rasa tak sedap kepala sebab rambut aku ni panjangsemak sangat. nak nak tang belakang. hari hari aku akan terperasan sorang sorang yang aku ada rambut macam erul af sembilan, ala yang kpop kpop yang pop pop tu. HAHAHA sekali sekala aku jadi cam ntah hape hape pon takpe la an. ok back to this rambut stuff. lepas da tengok kedai pakcik tu tutup, kitorang singgah pejabat pos kejap. pakcik ghafar nak renew lesen ke hape ntah. i follow je. lepas da settle, pegi la kedai gunting rambut kat depan balai polis pulak. (BHAHAHAHAHA)

pergh pakcik tu memang superb terbaek termantuop. mana tak nye, ni la first time aku pegi kedai gunting rambut yang guna gunting lebih dari mesin. walaupun nama je kedai gunting rambut, tapi kita pon tau an sekarang orang ramai pakai mesin. pakcik ni cakap da la banyak, aku risau dia tak kosentret je kat rambut aku. tapi well, dia kan terer. SAPSAPSAP ! daa siap rambut aku. tengok kat cermin,


hohoho. cantik seyh. *rambut aku.


ahaaa, so sekarang rambut aku tak macam smalam. nak edjas balik asal memang tak la an. so aku reda je la ngan rambut aku yang macam aneh ni. dann, mulai sekarang, kena la aku tengok cermin hari hari nak mikir camne nak 'control' rambut aku yang tak pernah dibuat ni. sekian.



Monday, June 6, 2011

assalamualaikum wahai sekalian manusia yang matanya melilau lilau tengok blog ni atas bawah.


well, sekarang ni kan, aku rasa blog ni macam cakap "LONG TIME NO SEE BOSS" kat aku. walaupon korang rasa aku macam hape pikir camtu, tapi aku suka berangan suka pikir benda benda yang boleh diangankan. best apa. korang pon boleh try buat camtu.







hahahahahaha dan haha. ok, sekarang aku terasa baik kat hati aku ni, *ada sikit rasa bangga tak tentu arah sebab nye kan, aku sekarang ni da makin aktif bersosial di internet. wacha !


sejak sejak bulan lima ataupun bulan mei ni, hidup aku cam da lain sket. sebab sume benda yang best best aku jumpa bulan ni. tapi malas nak citer, cakap pasal bersosial suda. kat fb, aku da makin syok mengukuhkan empayar, (bhabahaha) kat twitter aku kembali menampakkan batang hidung, thanks to junior junior yang baik hati tolong aku menampakkan hidung aku balik kat sana. dan semestinnya kat blogger, aku ada taip benda baru, (yang ni la), ponn thanks to twitter. hahaha.


senang citer, aku rasa sronok la an. hahahahahahahaha. hahaha, bhahahahaha ; hohoho ~







bulan mei pon aku da jumpa baby aku. muahaaaaaha ~ sekian.