Monday, December 19, 2011

gegajet

assalamualaikum semua .

dah makan dah semua? kalau sudah, apakah yang kalian makan? haaa pasti lazat bukan. hemm tapi maafkan saya ye, sebab tersengaja bekata kata begini; untuk meloyakan kalian. hal ini kerana aku rasa sangat panas kenapa blog aku dah biol ni gaahhhh guaggghhhh watdeffffff . ohhh shit shit shit shit ..

" oppss. sori semua. aku belajar mencarut bila main pool. "

cukup la tu. aku nak citer benda lain ni. kang tak tetaip sampai ke sudah. hemm harini  tetiba aku dapat ilham nak berfikir pasal barang barang kepunyaan aku (dan jugak pakcik ghafar punya skali) yang penah dan masih aku ada. eh, sume benda ni masih ada. so kira masih ada la ! eh?

without further ado , *first english sentence* here're some of my owns; my gadgets !

- PLAYSTATION 2 -



fuuuu klasik nye laa hai kau PS 2 !



fuufuufuuu tuu dia casing dia. eh casing ke. bukan kotak ke. ahh gasak la apa pun janji tu lah dia ps2 aku. see, nilah maksud aku MASIH ADA . ada, tapi macam takde. tengok la tu. elok gua simpan dalam kotak beb. 

" lu yang simpan bro ? "

errr yelah. bukan la aku yang simpan. kamon la, sape lagi kalau bukan pakcik ghafar yang perap benda alah tu then simpan kat bilik akak aku. cisss kesian kau cik ps. betahun kau teperap dalam kotak kaler beluw beluw tu.

 " apa cik ps? iyeee. aku dengar rintihan kau untuk minta dimainkan .. besabar ye cik ps.. "

hemm biasa la. aku ni tuan yang ada hubungan yang kuat dengan barang barang kepunyaan aku. aku sorang je dengar apa dorang cakap. tak pecaya? apa aku pedulik. 

ok, it's time to reveal your beauty cik ps !





 jenjengjenggg tuu dia pasangan dual shock 2 !




 ahhhh tengok signature agung tu !


ok .. kenapa banyak sangat ni ..


haaaa well, itulah cik ps aku. dah dua tahun aku tak main kau cik ps. mana tak merintih rintih budak ni. kesian . . . besabar la ok. see you next year bebeh. awooooooooooo

" hai, saya lah . . .  CIK PS 2 . "



ok the next gadget, presenting to you . . . jengjengjengggggggg

- NOKIA X3-02 a.k.a fon aku -



ok, bukan nak cakap apa. ni pun kira gadget jugak kan. tapi tapi tapi kan kan. aku rasa, fon ni lebih kepada portable game console macam PSP tu. yaa, memang la aku tak main game dalam fon ni sangat. tapi ntah, aku akan guna dia bila aku rasa boring. kira alat untuk hilangkan bosan la ni. 

" weh, apa yang bestnya? apa yang boleh hilangkan bosan nye .. "

ntah. pada aku, game paling agung yang ada dalam fon ni (kira semua henfon la) , ialah kehebatan dan kemampuan jaringan pehubungan jarak jauh dia. 

" amenda kau ni? "

ehh ntah. amenda aku ni. alah, ni lah. aku rasa ni lah game paling best bila aku pegang fon - SMS .

yaaa tu lah dia. bila aku boring, aku mula la. amek fon tu, cek satu satu list contact. bawah bawah bawah bawah bawah bawah sampai la aku nampak nama yang agak agak aku rasa cam best je nak mesej dengan dia. 

" haaa haaa sape tu pidji . . . "

apa kau? aku mesej orang le. agak agak dia pun bosan, aku pun anta la mesej. puihhh. dah la diam kau.

" . . . . . . . "

ok, itu je gadget yang dapat aku pikir sekarang ni. so, cukup la tu. jap jap aku preview ... haa panjang la ni kan. ok, that's all. bye bye. assalamualaikum semua :)




*di suatu sudut lain*

....aku dengar satu gadget berkata...

" pidji ! wei jangan lupa aku ! aku yang amek gambar gambar dorang ni ! "

dan aku . . .

" . . . . . . . . . pool jom ! "

Sunday, December 11, 2011

40 - dari mata hati aku




assalamualaikum semua ~

ok, pada hari ini, aku berasa begitu energetic dan besemangat. aku punya energetic dan besemangat sampai aku bangun tido pukul 1. pecah rekod la siot. walau bagaimanapun, aku tetap malas nak pecahkan rekod mandi aku iaitu mandi pukul 2 petang. yelah, dah kata besemangat kan. buat apa nak mandi lambat lambat.

hemm bukan pasal pukul berapa aku bangun & mandi, kena simbah air sebab bangun lambat ke tak, ataupun aku gosok gigi aku ke tak. yang aku nak citer sekarang ialah subab subab, haaaaa SUBAB SUBAB gitu. sebab sebab aku jadi sangat energetic dan besemangat hari ni. jeng jeng jenggggg . . . .

"..aku nak update blok.."

yessss. dari semalam aku punya la eksaited gila nak balik rumah ngadap destop, online dan update blok. last last kepunan. sampai rumah pukul 6 - - - - T^T

" sampai rumah? pegi mana pulak ni? "

hemmm. dengan bangga, dan jugak terasa losernya, aku ingin mengisytiharkan aku pegi melaka. jaaaa, da pegi sana buat apa lagi? hemmmm ni mesti . . . .

" G S C "


hoyeah. lama gila tak pegi tengok wayang. tapi yang aku tak puas hati tu, time time ni la nak pegi tengok wayang tu. dah la ada citer yang . . . . haihhhh sabo jela.



" citer apa beroh? kau ni .. "

hemphh. dengan rasa rendah diri, aku tengok citer ni . . . . . . . . . . . . . .

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.




... ombak rindu ...




ini bukti kekalahan


" what?! HAHAHAHAHAHAHAHA "

pfffffffffffffffffffffft gasak korang la nak kata apa. yang penting aku tak minat novel. cehh. terasa betul betul aku ni loser sekarang . . . aku telah tewas ! hemmmmmm

ok, nak taknak aku tengok jela. aku cuba bukak hati aku untuk terima cerita. dan hasilnya? haaaa dekat bawah ni ada 40 isi penting, penting dari pandangan mata hati aku la. sepanjang tayangan, ni yang aku dapat. baca dulu. serius, aku jujur tentang ni . . . ehem ehem.


1. setat setat je aku tengok hantu kak limah kena kanser. kesian . . .
2. izzah kurus. tapi bila dia bekemban, dia jadi gemuk. kannnnn
3. aku pelik, dan sikit kagum. camne dia buat ic palsu? dah tu muka izzah yang betul dengan dalam ic boleh jadi sama. hemmm
4. aku takut terminum arak. nanti kena rogol macam izzah kena. kesian lagi.
5. "..kau Ya Allah Ya Allah sekarang buat apa?! " - hemmm betul jugak cakap haris tu..
6. AAR15 . . . wacha !
7. " ..kan bagus kau layang aku sorang je, dari layan jantan jantan lain tu.. " haris cakap kat izzah, tapi apesal kucing tu pulak yang perasan?
8. " ibu, YOU LOOK GREAT ."
9. haris ketuk pintu rumah bagai nak mencabut, tapi tak tecabut cabut jugak pintu tu aku tengok . . .
10. " tolong la nikahi saya encik . . ." - kan bagus kalau ada awek cakap camtu kat aku.


11. jam sebagai hantaran. pehhhh jimat siot ! dia rela pulak tu ~
12. scene izzah baca surah Yaasin - dia mengaji ke menyanyi?
13. wah wah wah . . . mentang mentang dah kawen, suka pulak izzah ni bekemban.
14. izzah ialah seorang ustazah berambut perang. tak caya tengok part yang haris suruh izzah urut dia tu. tengok betul betul !
15. si comel pandai belakon kan? " hemmm comel pun comel lah "
16. " saya tak pape pak dollah.." - cehhh dalam hati izzah bekata " eeee buruk nya pakcik ni . . " nahh, terus tebwekkkkk
17. hemm part kat warung ladang boh atas bukit tu. apa yang aku dengar ialah mila sebut tiga kali WHATT. tiga kali tu, cuba dengar betul betul. pekat gila T dia.
18. pandai haris tipu mak dia. mana ntah dia rembat nama fatin tu.
19. MILA EMILIA. hemmm lagi komersial dari MILA AF9, kan?
20. haris time kecik kecik tak sama dengan haris time dah besar. jauh betul beza muka.


21. mila baling jam mahal tu. pehhhh baik bagi aku woi ! aku takde jam. aku taknak kena saman !
22. ni lah first time aku tengok filem di mana hero dia yang eksiden dalam tragedi kejar mengejar.
23. mak haris pun pandai belakon. dalam benci benci dia kat izzah pun, dia still rahsiakan perkara sebenar (izzah tu 'perempuan simpanan' haris) ! profesionale ~
24. disebabkan dah capik, haris tekan nombor telepon guna jari hantu. tut tuut tuuutt
25. lepas satu, satu keta haris ada. aku kira punya kira ada 6. kalau tak silap kira la. yang first first keta AAR15. yang murano tu AAR14. hemmm nak satu, abang haris ~
26. time telantar kat spital, rambut izzah masuk hidung, sampai merah merah hidung dia yang comel tu !
27. sampai part izzah masuk spital lepas keja kereta haris, aku dah mual dengaer ada bunyi . . . " tssk tssk tsssk" =. .=
28. kalau aku jadi haris, aku bebangga dapat bapak macam pak dollah. wooooo
29. part kebenaran tebongkar - WEH MILA, KAU LA YANG SItuutt tuuuttt tuuutttttt
30. bila dia da frust, kan mila balik rumah then meghoyan kan? lepas tu kan dia baring. hemmm dia nampak gemuk.


31. SEHA <3 MAIL (SEIL) . hemmm lagi sesuai dari IZZAH <3 MAIL (izzail) . eh?
32. bila mila sampai kat depan tempat ngaji tu, aku teringat dekat ros dalam citer drama tentang dhia. ada ala ala kan?
33. time izzah dengan mila bedating dekat pondok tengah sawah tu, aku nampak guni belakang mila yang belambang sebuah parti politik dan bertulis " SKIM BAJA PADI KERAJAAN PERSEKUTUAN "
34. anting anting mila macam nak tecabut je. atau . . . aku yang buat fesyen wanita?
35. naik cruise pun, berita harian tetap pilihan hati mereka !
36. aku rasa aku sorang je yang tepuk tangan bila brader tu bukak pintu keluar. shit takde orang marah pulak.
37. ok, dah habeh. tapi comel pegi mana woi ?!
38. sori to say, iklan filem Don 2 yang 3D tu lagi menarik minat aku daripada iklan ombak rindu dekat tv.

hah. panjang gila. ok tu apa yang aku dapat semasa filem tengah main. lepas habis, aku buat konklusi :

39. ok, ni yang positif. satu satu nya point yang bejaya buat aku terima filem ni seadanya ialah lakonan dorang sangat mantop (air mata teruna. susah doh nak buat) , sinematografi dan plot cerita sangat maveles (macam pakcik ghafar cakap). tak berat atau telalu menekan atas satu satu isu partikular; macam filem filem melayu yang lain. so . . .

" hail to the production team and the author. guuuud job. "

last but not least, aku admit cerita ni memang bagus. tapi apa yang buat aku tak tehingin nak tengok ialah disebabkan novel. eeeuwww aku bukan kaki novel. so aku ada rasa sikit 'eeeee'. that's all. TAPI, kot kot nak tengok dua kali, boleh jugak. tapi payung ah tiket aku, sekali dengan popkon. baru aku tengok. gahhhhhh. assalamualaikum . . . ~

*40. lepas aku tengok cerita ni, banyak pulak kucing yang aku jumpa rupa ala ala si comel. puihh*

Tuesday, December 6, 2011

susah nak aktif, aku pasif


assalamualaikum semua.

haaaa kali ni . . . yahhhh. for the first time aku post entri dua kali dalam sehari ! aku bebangga jadi diri aku. tapi tapi tapi. tak kekal lama tu.

" apehal lak ? "

jap jap . ada ke yang prihatin sampai nak tanya camtu? oookeh. aku ni memang malas; malas membaca, mengarang (hand-writing & typing) dan . . . . . tu je kot. tapi malas tu macam hape sangat. so aku guna pasif; antonim kepada aktif. tak caya bukak la kamus ke google ke tanya cikgu ke . . . . tapi kan kan kan. bila aku review balik blog aku, tenyata blog bogok aku ni ada jugak yang jenguk. *huuuu sebagai pendatang baru aku terharu* SO, aku a p p r e c i a t e hah ! bukan main susah lagi nak eja. aku hargai kejengukan korang ke blog ni. trimas yooo !

and, well . . . . kata malas kan. that's all for today. see ya later pips. gahgahgah assalamualaikum ~




Monday, December 5, 2011

lastly ...







assalamualaikum dan salam satu malaysia, malaysia.

ok, sekarang dah pun masuk bulan muharram. lebih tepat sekarang ni (time tulis post) ialah 10 muharram, kalau ikut kalendar hijrah. atau atau atau. bulan 12. atau bulan disember. ataupun bulan december. lebih tepat lagi 6 disember, kalau ikut kalendar masihi (atau gentle cakap kalendar yahudi). kannnnnnnn
" kalender yahudi? "

iyee dik. tu yang kita sambut macam macam tu. 'new year' kononnya, sanggup tu tunggu pukul 12 nak sambut. dengan bunga api nya, dengan konsert nya, dengan ... haihhh gasak kau lah. nak citer pun aku malas. kang menyirap pulak. *woohooo saya tak suka SUJU*

niat aku bukan nak celoteh ala makjem pun kat sini. tetiba sebut pasal kalendar, aku luahkan la kan. apapun, aku nak share pengalaman cuti sekolah hujung tahun aku, yang sentiasa sama dengan cuti cuti sekolah yang lain. bagi aku . . . . .

" cuti means tido. hok yeahh "

kenapa hok yeah, dan bukan ho yeah? HOK tu bunyi hokhok dalam angry bird. hemm aku sekarang pun tenga cuba habiskan sume level dengan 3 star. banyak lagi - - - - :(

ahah ! sebut pasal game, (lupakan kejap part tido tu) cuti sekolah ni aku hari hari online. *aku sedang mengatakan nya dengan bangga* dan bila aku online hari hari, apa nak buat? main game ahh bebbbbbeh


shhhh abaikan babi tu. nak jugak malaun ni selitkan binatang tu. haih



ni game indiana jones. game paling loser penah aku main dekat fb.


tapi sekarang aku main castlevill tu la. sebabnya, tu la game zynga yang paling best aku rasa. dah la avatar tu jalan kemain laju lagi, HP pun tahan, ramai pulak kengkawan aku yang main ! (senang cari neighbors) . ok da cukup la tu. nak tau pegi main sendiri. lepas tu jangan lupa add aku jadi jiran korang. aku akan jadi jiran baekkkk ^^

kembali menyebut topik tido. yeah, nama pun cuti. bukan ada apa pun nak buat. nak baca buku, buku pun ntah. macam ngajuk je. tak nampak batang hidung dorang punnnn so aku abaikan jela HAHAHA *sori cik buku hai cik mukabuku* bila dah syok tido, takkan senang senang nak bangun kan? so aku pun bangun la lambat . . . . setakat ni rekod tido aku ialah bangun pukul 12 tengahari, tu pun hari jumaat (sekali je penah) lepas tu aku tak dapat dapat nak pecah rekod lagi. asal bangun je mesti dalam area pukul 11. susah nak jejak pukul 12 . . . terer kan aku?

contoh muka bangun tido. tapi ni gambar time raya. hoh hoh hoh



ehhh, ada banyak castleville request masuk. nak suruh aku main latewwww. ok chow dulu. assalamualaikum semua :)


*aku ada tiga celenj untuk korang :

- beat rekod bangun pukul 12 aku tu (bagi sape yang suci, bangun awal)
- main game castleville dan jadi jiran aku yang baik hati ni.
- bukak youtube, tengok channel Encik Mimpi. tengok, tapi jangan gelak. tu cabarannya.

sekian.

Tuesday, October 25, 2011

exams - free


assalamualaikum dan salam 1 Malaysia folks.


ok, so long time no see hah? jejyeah, memang lama da pun. sejak sejak mengalami macam macam revolusi ni kan. makin lama makin lupa kat blog.


" sesori blog. my bad. "


well, tapi bagus jugak. bukan ada apa pun yang patut aku share dari kepala otak aku ni. baik aku pikir sorang sorang dalam kepala ni. lagi syok, lagi aku paham, dan tak buat orang tak paham. err. benda ni pun da buat aku pening. cukup cukup.

tengs to cik eica yang sedarkan aku pasal blog ni. kalau tak rasanya aku pun tak tau yang aku ada blog.


" well, macam macam revolusi la katakan. "


dengan itu jugak, aku berjaya merajinkan diri untuk buat sikit editing untuk blog ni. tukar kulit. ok la tu. dulu kan buruk. sekarang ok sikit. dan lagi, macam macam revolusi. haa ni la dia. ni la.

tapi bukan ni topik nya dong. sekarang, Sepatutnya aku dalam mode exam. exam tau, exam? final battle of the year, pehhhhhh punya la menggaban. demmmm. aku rasa ramai pun pena dengar aku stress. dorang pun stress jugak, tapi takde macam aku. aku suka ayat ni bila aku stress jawab exam.


" soalan tu, macam mana dia boleh buat bontot aku berair pssssssst "


tapi for real, benda tu macam betul betul jadi je aku rasa. lepas exam, seluar aku terasa sejuk wahahahaha. nak nak exam yang macam hawau tu kan. add math tu. hah. apa function dia bagi susa susa pun aku tak tau la. nak tak nak, kena jawab jugak. puiiii

still tak habis lagi, aku kena buat lagi preparation untuk final episode of this battle. ceh. aku memang sengaja buat ayat poyo. baru ada rasa semangat sikit nak exam. BIO, CHEMISTRY . aku, haihh. ntah la. reda je la kot.

dah la. aku malas pikir benda benda cani. tutup citer. tutup entri ok. assalamualaikum. bai. trimas.


memang patut kau orang kalah pung MU. buuuuuuuuuuuuuuhhhhh

Friday, August 26, 2011

on the way : dulu pernah sekali.. - part 2


assalamualaikum dan salam ramadan. ok, jom sambung cereka yang lepas. dipersilakan.


...aku cepat cepat la kan turun nak tengok pehal. nak dengar pehal. nak tau pehal. pehal aku cakap macam ni. sadis betul. lagi bape jaaam je nak raya, daaa kena haa. FYI, aku time tu tak cukup matang sangat nak pikir macam macam benda. time tu aku pikir darah menitik nitik kat kaki pakcik ghafar je haa. FYI jugak, ada benda ni rasanya da jadi lucky day aku. #KADAK DAN KADAR AKU; yang baik.

kalau korang nak tau, sebelum pakcik ghafar pegi bazar tu, aku sebenarnya NAK IKUT SAMA. hah. bayangkan tu. DEMI ALLAH, aku betul betul benasib baik sebab sebelum nak pegi tu, pakcik ghafar tak bagi aku pegi sama. kata dia ..


" ahhh. jangan nak nyemak ikut. "


huuu kesiannya aku. walaupun ayat tu tesangat la menacingkan hati aku (sampai aku terikut ikut bila cakap ngan orang), tapi aku reda. mungkin, sebab da nak raya kannn. sume benda aku ikut je; dengan rela hati dan tak amek hati sangat. huh eksaited la konon. puiii tak cukup matang betul aku ni. tapi bukan tu yang aku nak citer lebey lebey. sebab korang ni suka nyebok hal aku. lagi puiiiiii.

ok, so dengan duduknya aku di rumah. maka aku terselamat dari nasib yang bakal menimpa pakcik ghafar tu. fuhhhhlamak aku tak tau nak cakap la kalau aku iktu sekali time tu. aku rasa, kalau aku ikut sekali, mang aku yang masuk spital, tapi pakcik ghafar darah darah je.

sappppp kembali ke alam nyata. da syok melalut pikir pasal nasib aku tu, aku tengok balik pakcik ghafar. and of kos la kan, aku curious nak tau pehal nye tetiba kena langgor. yela, tak pena pena pulak dia nak racing. takkan eksiden sebab racing lak?


" tadi masa nak masuk sempang kocik tu. da bagi signal da, da amek site. kat dopan tu ado lori bosar. dio turun bukit tu takdo la laju, dia nampak moto ni, dia slow. tapi elok nak masuk da ni, tetibo datang sorang minah sampa ni. orang da bagi signal nak masuk kanan, dio buleh laie potong kat bolah kanan. tak ke macam si%& pangai tu. hah. da nak masuk tu, dia datang lentum. hemmphh. tecampak poie kat longkang tu. hati kato memang ........................ boto betino ni."


camtu la lebey kurang statement pakcik ghafar yang dia bagi kat kitorang. aku pon, bayangkan la. camne an. hahaha. memang best bayang bayang benda ni. tapi bila aku dengar citer dia tu. aku rasa macam nak sesah pompuan tu (kalau aku ada time tu, dan tak cedera !) hah tapi nak buat macam mana. aku takde sekali. ok la tu kan aku tk eksiden tak darah sama. haha anyway kesian pakcik ghafar ...

lepas tu lepas tu lepas tu sedara sedara aku ada la datang rumah aku. nak ziarah. lagi pon mang tak la kitorang ni nak balik kampung raya sama dengan diorang kan. so, ni kira da raya la ni. huuu. DAAAAAN korang tau kan apa maknaya bila raya; untuk kanak kanak macam aku waktu tu.


" DUIT RAYAA, KAM TU PAPA KAM TU PAPAAA "


hahahahaha dengan datangnya sedara aku, maka aku pon dapat la collect duit raya kann. tapi nampaknya, aku ni tak selalunya nasib baik. yang ni pulak. patutnya aku dapat duit raya banyak, tapi disebabkan kebangangngan aku, aku telah bejaya melesapkan sejumlah duit raya yang aku dapat tu dengan sengaja. macam mana? aku dapat duit tu. kumpul kumpul kumpul, pastu aku SUMBAT dalam bekas roller tissue tu. jyeahhh smarty boyyyy



begitu la kisah riang ria aku time menjelang raya; beberapa tahun yang lampau. korang ada citer menarik jugak? #kongsilasamasayabobboiiii . sekian, assalamualaikum.


SELAMAt HARI RAYA AIDILFITRI - MAAF ZAHIR DAN BATIN
IKHLAS DARI FAIDZI - PG - PIDJI.

Sunday, August 7, 2011

on the way : dulu pernah sekali.. - part 1


assalamualaikum dan salam persalaman.

hemm hari ni aku rasa sangat atau agak lembap. bukan lembab, sila sebut betul betul. kalau tekena diri sendiri, korang tanggung la. salah korang sendiri; carik pasal sape suruh. huuuh. awat rasa lembap? dey, bukan kebasahan sebab kena hujan ke kena simbah ke, bukan bukan bukan. well, LEMBAP. aku rasa hari ni macam tak lancar, ada something yang buat hari aku jadi teseret. macam kena drag. erghhh takpe la. korang bukan paham pon. aku taip panjang panjang nanti wat penat aku je.

daaaaaan, sekarang aku rasa penat jugak, melayan social networks - fb ngan twitter yang macam mesin ni. asyik asyik adeeee je benda baru. yang aku malas bila kat fb. ya, memang la aku boring, takde benda nak buat kat situ. tapi kang bila aku post status ke hape ke, adeee je noti masuk. like la apa la. benda benda simple cenggitu. nak tak nak aku cek jela, taknak nanti benda tu jadi banyak dan annoying (padahal memang betol pon). well, camtu gak la kat twitter. lagi parah. satu dunia post pasal benda benda dorang. puiii, aku pon, baca je la. aku ikut arus. wahuwahuwa ~

entri ni, aku ingat nak sangkutkan macam entri semalam. pasal 'era' puasa sebelum raya. ok, dulu pernah sekali..


maka tersebutlah kisah, dahulu kala, emm manisnya kurma madu iniii ~


dulu, time tu aku darjah 5 ke 6 ntah. so, agak agak 4 atau 5 tahun lepas la kisah ni. masa tu aku dok kat rumah kampung lagi, kat #AYERLIMAU. apa yang tak boleh blah pasal kisah aku ni, masa tu bulan puasa, da dekat nak raya. kalau tak silap aku waktu tu, lagi sehari kot nak raya. kira macam esok nak raya, hari ni aku punya kisah tu belaku. paham? tak paham suda.

citer dia canni, seingat aku la. masa tu da petang. esok tu kan nak raya kan. ingat nak balik kampung la esok nye tu. time petang tu, aku main game. kat komputer. game age of empire agaknye, sebab time tu aku kembali menggiatkan diri main game tu balik. best wooooo ehh ehh back to stori. aku da main main main tu kan, aku pon tutup la kan. da petang da kan, so nak buka la kan. time time aku on the way nak off komputer tu, aku pegi depan kejap. tengok tengok pakcik ghafar balik. baru balik dari bazar. huuu ingatkan nak tolong amek barang. sekali,

dia balik dengan maki hamun. camni.

"Aaaahhh si$# betul. @$^& (*()&^ %&^^()#$2#..."


begitulah gamaknye. aku tak reti taip ayat tu. puiii puii.


" apehal? "

" kaki dia berdarah waaaak.. "

" hok aloh. apesal? "

" dia eksiden waaaak.. "

" hok aloh. boleh pulak? "

" dah kata eksiden. apa pon boleh jadi. aduiii apee pon tak boleh wak ni.. "


sekian, camtu la wawancaranye. sape wak tu, aku tak kenal. aku reka je. tapi yes, pakcik ghafar eksiden. ni esok nak raya ni. nak balik kampung sok. daaa eksiden. hampeh..

lepas tu, aku da tengok menitik nitik darah tu. aku cepat cepat la tutup komputer tadi..

Saturday, August 6, 2011

on the way

assalamualaikum dan salam persalaman.


ok, adalah lebih baik kita mulakan bicara kita pada hari ini dengan sebiji kurma. hemm, waklu. puasa, mana boleh makan, KAN? so, kita mulakan la dengan salam. pahala lebih sikit nanti. time time kita tengah lapar, dahaga, panas, dan kering (ni yang antonim untuk basah, bukan yang 'kering' yang tu. sila jangan perasan) ni, kan best kalau kita dapat makan, minum dan membasahkan badan kita; sampai lega. tapi memang laaa takkan tejadi, sebab nafsu kita kan ada. sampai ke sudah kita takkan rasa lega. so, what to do, what to do ~

dengan berkat kerajinan makcik shimah, aku pon joinkan diri aku untuk tengok dia main kerat kerat kain.


" haaah? kain? "

" yupp, kaeeeen "

*rasanya kalau guna 'kaen' lagi gud dari 'kain' . pesal? try la detect.


daripada haritu, dia asyik main kerat kerat kain je. tak bosan agaknya. aku pon tengok jela kan. takkan nak kerat sama. sure nanti jahaman. aku kan artistik. dah la. kang aku cakap lebih lebih, korang banyak bunyik. pastu komen macam macam. puiiiii. just take a look. naaaaa








mulakan kerat kerat !










lepas main kerat kerat, kita jahit jahit pulak !









lepas tu...




sekian. selamat berpuasa dan get ready untuk raya. assalamualaikum. weeeeee ~

Sunday, July 10, 2011

nak berseni - seniman sekali sekala apa salahnya kan?



assalamualaikum dan salam muhibah, salam perpaduan, dan salam ukhwah. yeahhh, lepas je peristiwa 9 Julai, ( kemain peristiwa lagi haa ) aku rasa la kan, ucap "salam 1Malaysia" macam tak kena je. sebabnye, da SATU MALAYSIA kecoh pasal benda tu, nak BERSALAM SALAM APA LAGI KAN. hahahaaaaa ok tutup citer tu, tutooooooooooooooooooooooop. mekaseh.


wookeh hari ni, aku da torai satu benda yang agak aneh dan menyakitkan hati aku ( takde la sakit hati sangat ) iaitu bermain main atau berjinak jinak dengan benda alah ni .





jyeahhh. tu dia. apa nama dia jangan korang tanya aku la. aku ni, sampai da tingkatan 4 ni pon, still tak tau pebendeeee la nama dia. yang aku tau, nak buat benda ni mesti kena belajar teknik dan ada high level of patience. *sebab aku tengok orang buat pon aku da hilang sabar, inikan pulak aku baut sendiri MUAHAHAHAA

ok, biar aku cakap benda yang sebenarnya la. aku taknak nampak benda ni terlalu menyakinkan sampai orang ingat aku betul betul buat sendiri. camni, sebenarnye benda ni memang da siap da rupa nye, camtu la. tapi benang hitam tu ada tercabut sikit kat hujung tu. so, aku dengan rasa bertanggungjawab dan penuh dedikasi nye pon buat peng-touch up-an atas benda alah yang tidak diketahui nama sebenarnye tu.



yaa cik jah, ni la bahan bahan yang saya guna, mekaseh.


yela kan, kata touch up. mesti la benda da siap, kita elokkan balik. tu je. masa aku tacap tu, aku tepikir gak, camne la benang tu boleh melekat, betepek kat batang aisyeh-kerim yang kontot tu. last last aku amek je SALAH SATU botol gam yang ada atas meja aku tu, aku guna je. aku da takde pilihan lain, tu je la gam yang paling cepat aku jumpa. *aku rasa kena guna gam yang kaww sket, kan?

then, apa fangsyen pencungkil gigi tu?


aku takde bilik lampu merah ah. lau ada mesti syok.


well, batang aisyeh-kerim tu kan kontot lagi kecik lagi comel lagi lotei. kepala gam tu pulak bapek la besar, takkan aku nak tenyeh kat batang aisyeh-kerim tu pulak. habih la kang rosak. so, dengan ada nye pencungkil gigi yang nipis lagi kurus lagi rapuh lagi berjasa ni, boleee la aku letak gam sikit demi sikit and tak merosakkan karya aku yang tak seberapa tu. *hohohohoho terernye aku memanipulasi hasli kerja orang.



- hari koperasi sekolah 2011 -


dah letak gam, aku tepek kuat kuat sampai dia tak tercabut, dan, wallah ! siap suda. jadi begitu la cerekanya, seadanya. sekian terima lah kasih saya. assalamualaikum .

Friday, June 10, 2011

donut sedap, bukan donut awww awww


assalamualaikum dan salam 1 Malaysia aku ucapkan jepada sume saudara, saudari dan saudaru. hari ini, dengan megah dan sukarianya, aku ingin menulis dan menggembar gembur kan bahawa aku, seorang budak lelaki berumur 16 tahun dari masjid tanah melaka ini, telah berjaya memakan beberapa ketul dan cebisan daripada donut donut yang akak aku beli ketika dia pergi bersiar siar bersama rakan rakannya di melaka, kota rayaku. eh, melaka bandaraya bersejarah.

YA ! aku akan ingat hari tu. hari khamis, 9/6/2011. ape hal lak kan? well, semua budak budak sekolah tau, (sebab citer ni memang jadi gilaan budak sekolah) hari ni, (hari 9 haribulan 6 ni la), citer KL GANGSTER pon keluar secara rasmi dak bajetnya. aku pon boleh kira jadi salah sorang budak budak sekolah tu, tapi aku tak gila la. camtu camtu je haa.




haa tu diaa tu diaa gangster da bajet body tough, tu diaa tu diaa ~



aku? yeah, memang aku gian nak tengok citer ni. tapi hukum alam kita tak boleh melawannya. semua ketentuan dak takdir telah ditentukan, kan. so, aku reda dan terima hakikat bahawasanya aku tak dapat jo - inn akak ataupun kawan aku pergi ke melaka semata mata untuk tengok citer ni dengan lebih dekat menggunakan retina dan segala struktur yang ada dalam mata aku. MENGAPA INI SEMUA HARUS BERLAKU . . . ~#

woowoo, aku terpaksa melakukan ini semu, boy. ini semua demi masa depan aku jugak. aku kena mengalah dengan hasutan hawa nafsu aku pasal filem yang pecah panggung Hayang ni. aku tau filem ni mantap babe, tapi aku tetap nak tengok kat cinema, taknak tengok kat dvd. woohoo ~ korang korang korang, aku ada lagi citer membabitkan filem ni, tapi aku taknak citer, nanti hati aku mesti terguris lagi, boy. sob3.
-maaf atas segala ketidak selesaan anda membaca. -


ok, sori kalau aku terover tergedik. sukati aku la kan blog aku. hoho. ok, akak aku kan, lepas dia habis tengok citer yang best tu, dia pegi la jalan jalan kan. tapi yang for sure, target dia yang sebenar ialah nak pegi big apple kat hujung DP tu. memang dia otak big apple. aku tau tu. patot la badan tak pena pena nak abeh kembang. bajet kata tak makan kat hostel tapi camtuuu gak. nanti dok luar lagi la kembang macam meggi. so, aku yang dok tecangok kat rumah ni, sambil sambil tecangok, berangan aku pegi tengok wayang citer tu, aku pon berangan angan la apa kek jenis donut la dia beli nanti. yela an, donut big apple tak nak la pulak sedap sume nye kan. so, aku sabar, sabar dan sabarrrr. grrrrr ~

MAGHRIB tu, dia balik, dengan plastik plastik yang memang dari jauh aku da bau pastri; tepung, gula, bau oven pon ada gak. yeahhh, donut suda mariiii ~ apo laie, den cokik jo la !



Wednesday, June 8, 2011

tak pernah pernah dibuat









assalamualaikum & salam 1 Malaysia kepada folks yang TAKsengaja TERkesian TERbukak TERbaca blog dan entri entri aku yang naif lagi menyedihkan ni. well, aku bukan la blogger yang pandai sangat benda benda yang memerlukan komitmen yang tinggi cenggini. dan aku pulak macam la tererr sangat berinternet. sekarang je aku mula bergelumang ngan benda benda ni sume. HAHAHAHA



ok, sekarang apa yang tak pernah dibuatnya?



hari ni hari rabu yang berbahagia, hening, cerah dan sungguh nyaman sekali. sehinggakan pakcik ghafar membawa anaknya ini ke serata pelusuk area masjid tanah, (temasuk pejabat pos depan masjid jamek tu) untuk singgah ke kedai barber. bukan bieber, bukan baba, bukan babas. kedai gunting rambut la !

ingat kan pegi kat kedai pakcik yang biasa tu. ok, pegi la sana. sekali tengok kedai tu tutup. pakcik ghafar kata "dia da TAKDE da kott..". HAHAHAHA bukannya pakcik tu da TAKDE, dia datang lambat je. apoddah. lau bukak awal sket da untung dia da. aku pulak rasa best la sebab aku jadi customer yang pertama digunting rambutnya pada hari ni. hohoho.

da kedai tu tutup, takkan nak chow camtu je kan? usaha tangga kejayaan. lagipon aku da rasa tak sedap kepala sebab rambut aku ni panjangsemak sangat. nak nak tang belakang. hari hari aku akan terperasan sorang sorang yang aku ada rambut macam erul af sembilan, ala yang kpop kpop yang pop pop tu. HAHAHA sekali sekala aku jadi cam ntah hape hape pon takpe la an. ok back to this rambut stuff. lepas da tengok kedai pakcik tu tutup, kitorang singgah pejabat pos kejap. pakcik ghafar nak renew lesen ke hape ntah. i follow je. lepas da settle, pegi la kedai gunting rambut kat depan balai polis pulak. (BHAHAHAHAHA)

pergh pakcik tu memang superb terbaek termantuop. mana tak nye, ni la first time aku pegi kedai gunting rambut yang guna gunting lebih dari mesin. walaupun nama je kedai gunting rambut, tapi kita pon tau an sekarang orang ramai pakai mesin. pakcik ni cakap da la banyak, aku risau dia tak kosentret je kat rambut aku. tapi well, dia kan terer. SAPSAPSAP ! daa siap rambut aku. tengok kat cermin,


hohoho. cantik seyh. *rambut aku.


ahaaa, so sekarang rambut aku tak macam smalam. nak edjas balik asal memang tak la an. so aku reda je la ngan rambut aku yang macam aneh ni. dann, mulai sekarang, kena la aku tengok cermin hari hari nak mikir camne nak 'control' rambut aku yang tak pernah dibuat ni. sekian.



Monday, June 6, 2011

assalamualaikum wahai sekalian manusia yang matanya melilau lilau tengok blog ni atas bawah.


well, sekarang ni kan, aku rasa blog ni macam cakap "LONG TIME NO SEE BOSS" kat aku. walaupon korang rasa aku macam hape pikir camtu, tapi aku suka berangan suka pikir benda benda yang boleh diangankan. best apa. korang pon boleh try buat camtu.







hahahahahaha dan haha. ok, sekarang aku terasa baik kat hati aku ni, *ada sikit rasa bangga tak tentu arah sebab nye kan, aku sekarang ni da makin aktif bersosial di internet. wacha !


sejak sejak bulan lima ataupun bulan mei ni, hidup aku cam da lain sket. sebab sume benda yang best best aku jumpa bulan ni. tapi malas nak citer, cakap pasal bersosial suda. kat fb, aku da makin syok mengukuhkan empayar, (bhabahaha) kat twitter aku kembali menampakkan batang hidung, thanks to junior junior yang baik hati tolong aku menampakkan hidung aku balik kat sana. dan semestinnya kat blogger, aku ada taip benda baru, (yang ni la), ponn thanks to twitter. hahaha.


senang citer, aku rasa sronok la an. hahahahahahahaha. hahaha, bhahahahaha ; hohoho ~







bulan mei pon aku da jumpa baby aku. muahaaaaaha ~ sekian.

Saturday, May 7, 2011

anyone please . . . ?

assalamualaikum, wahai sape sape yang baca blog aku yang agak bedepot ni.



- first -


SELAMAT HARI IBU, IBU.



- second -


TEMPLATE BLOG AKU NI MACAM ESBESTOS. TOLONG
AKU CARI YANG LAIN . . ?




*sokongan dan respon anda amat dihargai. datanglah FS lagi ~

Saturday, February 19, 2011

kami - ada dua je : pasangan !


assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.


jyeah. tetiba ari ahad ni aku excited nak tulis entri baru. ni sume nye gara gara budak comel + kaya + baik hati + tak tau malu (eh?), noor ummaira nama dia. dalam sehari dua hari ni je dia tak abeh abeh promot dia punya blog LOL. jyeah. dari situ mula la timbul perasaan jelezisme, atau jealousisme (ada ke?).


" pandai kauuu lah. "


hohoho. abaikan dia. cukup cukup la aku promot nama budak kat atas ni. dan kau umai ! kita kena saling promot mempromot lepas ni. vroomvroom ~


" ni nape ngan pasangan ni? "


hohoho! sedang aku sebhok melangho fb, pastu nampak budak budak ni share pasal blog dorang, aq pon dapat grab satu idea. sebab dia? budak budak ni sume citer pasal orang lain yang meaningful dalam hidup dorang. yeah. lepas aku bukak blog dorang sengsorang, ada yang post pasal pakwe la, kawan la, akak la, ayah la, macam macam la, lalala lala lalala la.


so aku pon nak jugak join dorang ni! pasal sape? hoho. hohoho. hohohohohohohohoho!!!






dia la pasangan aku. hoho. korang nak tau tak. sebelum ni ada gak budak budak borak borak ngan aku. pastu masing masing citer la pasal siblings dorang. sampai turn aku, (macam lumba 4 kali 400 pulak) aku cakap je la aku ada 2 je. aku sorang, akak aku ni sorang. aku chill je. dorang ni plak yg heboh.


" eiy pidji, ko tak bosan ke? dua orang je... "


eh brai ! ngan adik bradik pon boleh ada bosan bosan gak ke? memang tak ah korang ni dol LOL. sori kalau korang baca guna tone marah sebab time aku tulis ayat ni aku sengeh. tak nak la. aku senyum.


" #senyum ! tak perlu kata apa apa ~ "


hoho. SEKARANG ni baru aku dapat feel nikmat nye ada siblings ni. yeah. dulu aku kecik. mana la tau nak hargai benda benda kat sekeliling aku. aku bet korang pon camtu gak dulu. bila kita makin besar, kita makin matang, makin pandai untuk nilai sesuatu tu. ok aku stop kan ayat ni sebab kalau aku sambung, ayat ni mungkin jadi lebih gramatis, dan at the end, budak budak pikir aku mat jiwang / mat bunga / dalam hati ada taman.

sama cam sibling aku ni, akak aku yang sorang ni. bila aku baca ayat kat PERENGGAN kat atas ni, aku ingat balik time kitorang muda mudi dulu. atau zaman budak kecik for short. (cewah.) ala...zaman time kitorang nga camni la :






jyeah. tengok la betapa best nye time tu, ditambah pulak environment (jenuh mengeja) taman sri rampai kat setapak tu. perghhh. mantapbeb. kalau la SEKARANG kitorang boleh duduk macam dalam gamba ni, da takde kasih sayang da tu. HAHAHAHA!!!


hoho. kembali kepada citer borak borak kat atas tadi, bila aku jawab aku tak bosan ada dua orang je siblings, dorang ni pulak cakap dorang cam tak best ada siblings yang banyak la, tak best jadi abang long / kak long la and so. hoho. aku memang suka bila ada orang yang pikir benda benda ngepet camni. aku cepat je nak sound.

tapi tu la. memang aku nak jadi orang melaka yang sejati yang ada ciri berbahasa PENUH LEMAH LEMBUT (lawannya) . tapi ni untuk tatapan umum. tak elok tulis benda benda camtu. senang citer, aku cakap la ebaik ngan dorang ni.


" hargailah orang di sekeliling korang. "


yeah. ikut logik la. memang ada lagi aku cakap. tapi aku lupa & malas nak tulis. tu je la yang paling senang. ok. last skali, dalam idup ni, kita kena hargai setiap benda tu, walaupun buruk, low class, dol, murah, takde standard atau apa apa yang negatif. kalau korang take it positif, sure korang rasa best. tak caya korang buat la. that's it. fullstop tersimpul mati.


*last paragraph ni apsal cam takde kaitan je?