Sunday, December 11, 2011

40 - dari mata hati aku




assalamualaikum semua ~

ok, pada hari ini, aku berasa begitu energetic dan besemangat. aku punya energetic dan besemangat sampai aku bangun tido pukul 1. pecah rekod la siot. walau bagaimanapun, aku tetap malas nak pecahkan rekod mandi aku iaitu mandi pukul 2 petang. yelah, dah kata besemangat kan. buat apa nak mandi lambat lambat.

hemm bukan pasal pukul berapa aku bangun & mandi, kena simbah air sebab bangun lambat ke tak, ataupun aku gosok gigi aku ke tak. yang aku nak citer sekarang ialah subab subab, haaaaa SUBAB SUBAB gitu. sebab sebab aku jadi sangat energetic dan besemangat hari ni. jeng jeng jenggggg . . . .

"..aku nak update blok.."

yessss. dari semalam aku punya la eksaited gila nak balik rumah ngadap destop, online dan update blok. last last kepunan. sampai rumah pukul 6 - - - - T^T

" sampai rumah? pegi mana pulak ni? "

hemmm. dengan bangga, dan jugak terasa losernya, aku ingin mengisytiharkan aku pegi melaka. jaaaa, da pegi sana buat apa lagi? hemmmm ni mesti . . . .

" G S C "


hoyeah. lama gila tak pegi tengok wayang. tapi yang aku tak puas hati tu, time time ni la nak pegi tengok wayang tu. dah la ada citer yang . . . . haihhhh sabo jela.



" citer apa beroh? kau ni .. "

hemphh. dengan rasa rendah diri, aku tengok citer ni . . . . . . . . . . . . . .

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.




... ombak rindu ...




ini bukti kekalahan


" what?! HAHAHAHAHAHAHAHA "

pfffffffffffffffffffffft gasak korang la nak kata apa. yang penting aku tak minat novel. cehh. terasa betul betul aku ni loser sekarang . . . aku telah tewas ! hemmmmmm

ok, nak taknak aku tengok jela. aku cuba bukak hati aku untuk terima cerita. dan hasilnya? haaaa dekat bawah ni ada 40 isi penting, penting dari pandangan mata hati aku la. sepanjang tayangan, ni yang aku dapat. baca dulu. serius, aku jujur tentang ni . . . ehem ehem.


1. setat setat je aku tengok hantu kak limah kena kanser. kesian . . .
2. izzah kurus. tapi bila dia bekemban, dia jadi gemuk. kannnnn
3. aku pelik, dan sikit kagum. camne dia buat ic palsu? dah tu muka izzah yang betul dengan dalam ic boleh jadi sama. hemmm
4. aku takut terminum arak. nanti kena rogol macam izzah kena. kesian lagi.
5. "..kau Ya Allah Ya Allah sekarang buat apa?! " - hemmm betul jugak cakap haris tu..
6. AAR15 . . . wacha !
7. " ..kan bagus kau layang aku sorang je, dari layan jantan jantan lain tu.. " haris cakap kat izzah, tapi apesal kucing tu pulak yang perasan?
8. " ibu, YOU LOOK GREAT ."
9. haris ketuk pintu rumah bagai nak mencabut, tapi tak tecabut cabut jugak pintu tu aku tengok . . .
10. " tolong la nikahi saya encik . . ." - kan bagus kalau ada awek cakap camtu kat aku.


11. jam sebagai hantaran. pehhhh jimat siot ! dia rela pulak tu ~
12. scene izzah baca surah Yaasin - dia mengaji ke menyanyi?
13. wah wah wah . . . mentang mentang dah kawen, suka pulak izzah ni bekemban.
14. izzah ialah seorang ustazah berambut perang. tak caya tengok part yang haris suruh izzah urut dia tu. tengok betul betul !
15. si comel pandai belakon kan? " hemmm comel pun comel lah "
16. " saya tak pape pak dollah.." - cehhh dalam hati izzah bekata " eeee buruk nya pakcik ni . . " nahh, terus tebwekkkkk
17. hemm part kat warung ladang boh atas bukit tu. apa yang aku dengar ialah mila sebut tiga kali WHATT. tiga kali tu, cuba dengar betul betul. pekat gila T dia.
18. pandai haris tipu mak dia. mana ntah dia rembat nama fatin tu.
19. MILA EMILIA. hemmm lagi komersial dari MILA AF9, kan?
20. haris time kecik kecik tak sama dengan haris time dah besar. jauh betul beza muka.


21. mila baling jam mahal tu. pehhhh baik bagi aku woi ! aku takde jam. aku taknak kena saman !
22. ni lah first time aku tengok filem di mana hero dia yang eksiden dalam tragedi kejar mengejar.
23. mak haris pun pandai belakon. dalam benci benci dia kat izzah pun, dia still rahsiakan perkara sebenar (izzah tu 'perempuan simpanan' haris) ! profesionale ~
24. disebabkan dah capik, haris tekan nombor telepon guna jari hantu. tut tuut tuuutt
25. lepas satu, satu keta haris ada. aku kira punya kira ada 6. kalau tak silap kira la. yang first first keta AAR15. yang murano tu AAR14. hemmm nak satu, abang haris ~
26. time telantar kat spital, rambut izzah masuk hidung, sampai merah merah hidung dia yang comel tu !
27. sampai part izzah masuk spital lepas keja kereta haris, aku dah mual dengaer ada bunyi . . . " tssk tssk tsssk" =. .=
28. kalau aku jadi haris, aku bebangga dapat bapak macam pak dollah. wooooo
29. part kebenaran tebongkar - WEH MILA, KAU LA YANG SItuutt tuuuttt tuuutttttt
30. bila dia da frust, kan mila balik rumah then meghoyan kan? lepas tu kan dia baring. hemmm dia nampak gemuk.


31. SEHA <3 MAIL (SEIL) . hemmm lagi sesuai dari IZZAH <3 MAIL (izzail) . eh?
32. bila mila sampai kat depan tempat ngaji tu, aku teringat dekat ros dalam citer drama tentang dhia. ada ala ala kan?
33. time izzah dengan mila bedating dekat pondok tengah sawah tu, aku nampak guni belakang mila yang belambang sebuah parti politik dan bertulis " SKIM BAJA PADI KERAJAAN PERSEKUTUAN "
34. anting anting mila macam nak tecabut je. atau . . . aku yang buat fesyen wanita?
35. naik cruise pun, berita harian tetap pilihan hati mereka !
36. aku rasa aku sorang je yang tepuk tangan bila brader tu bukak pintu keluar. shit takde orang marah pulak.
37. ok, dah habeh. tapi comel pegi mana woi ?!
38. sori to say, iklan filem Don 2 yang 3D tu lagi menarik minat aku daripada iklan ombak rindu dekat tv.

hah. panjang gila. ok tu apa yang aku dapat semasa filem tengah main. lepas habis, aku buat konklusi :

39. ok, ni yang positif. satu satu nya point yang bejaya buat aku terima filem ni seadanya ialah lakonan dorang sangat mantop (air mata teruna. susah doh nak buat) , sinematografi dan plot cerita sangat maveles (macam pakcik ghafar cakap). tak berat atau telalu menekan atas satu satu isu partikular; macam filem filem melayu yang lain. so . . .

" hail to the production team and the author. guuuud job. "

last but not least, aku admit cerita ni memang bagus. tapi apa yang buat aku tak tehingin nak tengok ialah disebabkan novel. eeeuwww aku bukan kaki novel. so aku ada rasa sikit 'eeeee'. that's all. TAPI, kot kot nak tengok dua kali, boleh jugak. tapi payung ah tiket aku, sekali dengan popkon. baru aku tengok. gahhhhhh. assalamualaikum . . . ~

*40. lepas aku tengok cerita ni, banyak pulak kucing yang aku jumpa rupa ala ala si comel. puihh*

No comments: